Borang Tempahan

Monday, 19 June 2017

Entri 35 : Lagu Hari Raya Kegemaran Saya

Teks : Pn Nurhuda Binti Aziziuddin


Lagu raya mula berkumandang di corong-corong radio. Sedikit sebanyak tahun ni rasa excited hendak raikan Aidilfitri. Almaklum la pada tahun lepas tidak dapat menyambut hari raya kerana Kasih, anak ke-6 kami lahir pada hari raya pertama. Nanti saya ceritakan pengalamn melahirkan anak pada hari raya pertama yer. Syahdu tu..hehehe

Banyak lagu raya yang saya suka. Tetapi yang paling syahdu adalah lagu daripada kumpulan Exist iaitu Kupohon Restu Ayah IbU. Starting dia “Duhai Bonda..Duhai Ayahanda”..dengar je starting ni terus rasa nak balik ke kampong waktu itu juga. Selalu dengar lagu ni masa zaman sekolah asrama. Memang sayu jer rasa hati. Rasa cam duduk di perantauan sungguh. Padahal bukannya jauh sangat sekolah dan rumah, tetapi masa itu feeling rasa cam duduk kat oversea la jauhnya. Hahaha.

Saya duduk di asrama bermula dari 13 tahun hingga tahun akhir univerisiti iaitu pada usia 22 tahun. Selam 9 tahun tersebut, setiap kali raya memang menunggu untuk lagu ini di keudarakan dia radio dan apabila ianya berkumandang rasa sayu jer rasa hati ini.  Bukan saya seorang je yang rasa penagalaman ini, kawan-kawan sekolah pun turut sama merasainya. Dan kami pun mula la buat jokes nakal ngan cikgu-cikgu yang kononnya kami sudah hilang focus. Dah tak boleh nak masuk dah apa yg cikgu ajar, sebab kami masing-masing dah mula nampak rel keretapi, stesen bas dan tidak kurang juga yang terus dah nampak bumbung rumah. Lucu pulak rasanya bila dikenang-kenang kembali. Cam biasa cikgu-cikgu memang kental. Terus juga mengajar kami sehingga la cuti sekolah bermula. Cikgu bo layan kan je perasaan ngada-ngada kami tu.hehehe

Zaman sekolah memang antara moment yang best untuk diingati. Dan menyambut raya time belajar pun lain excitednya  berbanding bila sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri. Walaubagaimanapun dimana anda berada diucapkan Selamat Hari Raya. Semoga anda juga gembira dan bahagia.


*********************
Berminat membeli Iron Amway?
Hubungi saya di 019-778 3169 atau direct wasap saya : www.wasap.my/60197783169 .

*********************






Sunday, 18 June 2017

Entri 34 : Ragam Anak-anak Menggunakan Iron Amway

Teks : Pn Nurhuda Binti Aziziuddin


Sekarang ni kerja-kerja menggosok baju memamg saya pass  kat anak-anak especially weekend. Untuk yang weekday tu saya masih bantu sebab circle baju mereka hanya ada untuk 2 hari. Jadinya untuk yang weekday saya bantu sebab biasanya weekday jam 9.30 malam anak-anak saya sudah tidur. Ni ragam anak-anak saya berebut nak iron baju mereka. 



Iron Amway ni, bila beroperasi dia akan hasilkan bunyi berdesir. Secara relatifnya bunyi tersebut tidak la kuat sangat. Tapi berbanding iron biasa bila saya kata, saya dengar bunyi iron..orang akan pandang pelik sebab iron biasa mana ada bunyi kan?

Dalam gambar ni, anak kembar saya Ieman Hafizy yang berusia 8 tahun sedang iron baju sekolah.


Disclaimer: Bunyi Iron Amway yang berdesir tu je tau. Yang ada bunyi besi berlaga tu tak pasti datang dari mana. hehehe..






Yang ini Ieman Arissa, pasangan si kembar di atas. Mereka kembar tak seiras dan mempunyai ketinggian yang berbeza. Arissa lebih tinggi dalam 5cm berbanding Arissa.

Yang sedang send aura kuat tu adalah Sara. Anak ke-5 saya yang berusia 5 tahun. Pun tengah sibuk tunggu turn nak gosok baju.









Yeah..akhirnya setelah sabar menunggu dan setelah Sara mandi baru ibu izinkan untuk iron baju. Sara belum bersekolah dan tiada uniform yang perlu di ironkan. Oleh sebab itu ibu bagi baju kerja ibu untuk iron.

Untuk Sara ni, saya memang pantau lebih sikit sebab usia dia masih kecil dan Sara juga belum pandai untuk menyusun baju atas ironing baord. Kita tebarkan baju pastu dia gosok dengan gembira. Ironing board ni boleh dilaraskan ketinggian dia, tapi masa ni saya malas nak adjust sebab lain-lain ketinggian yang hendak gosok baju. So Sara kena diri atas stool.

Selepas habis iron baju ni, dia pun dengan gembiranya pergi ambil t-shirt dia untuk iron. Kalau guna iron biasa kita takut nak iron t-shirt yang ada gambar tu sebab nanti akan terlekatkan? Tetapi untuk Iron Amway..zass kan je..lalaukan je atas gambar t-shirt tu. Dijamin tidak terlekat.



Iron Amway memamg mudah untuk digunakan dan memang memudahkan kerja-kerja menggosok baju. Akak yang dulu rasa nak meraung setiap kali nak gosok baju, kini rasa iron baju adalah kerja yang paling mudah untuk dilakukan.

*****************************
Harga Iron Amway : RM 1380
Cara nak beli, direct wasap saya di : www.wasap.my/60197783169 .
****************************

Thursday, 15 June 2017

Entri 33 : Betul ke Iron Amway Selamat Digunakan Oleh Kanak-Kanak?

Teks : Pn Nurhuda Binti Aziziuddin


Betul, iron amway memang selamat digunakan oleh anak-anak. Anak saya yang berusia 5 tahun pun sama jer menyibuk nak iron baju dia sendiri selepas dia lihat abang-abang dan kakak-kakak beliau iron baju mereka sendiri.

Iron amway selamat digunakan oleh kanak-kanak kerana:
  1. Iron Amway mempunyai  sensor yang boleh laras suhu secara automatic. Berbanding iron biasa kita kena adjust temperature dan tu yang bila salah adjust, terbakar la baju. Huhuhu.
  2. Iron Amway dijamin tidak akan mengakibatkan baju terbakar. Kalau baju kita terbakar bolehlah buat aduan kepada Amway. Tu yang selamat nak kasi anak-anak gosok. Berbanding iron biasa jangankan anak-anak, saya pun pernah terbakar baju sebab lupa adjust settings temperature.
  3. Iron amway tidak berat. Budak-budak memang mudah untuk angkat dan iron baju.
  4. Iron Amway auto-off. Apabila tidak digerakkan lebih daripada 10minit Iron Amway ini akan off sendiri, so selamat untuk anak-anak yang mungkin terlupa nak off iron. *rasanya mak budak pun selalu gak lupa nak off iron*.


Sejak anak-anak boleh iron sendiri baju mereka memang senang hati saya. Kurang sikit house chores yang kita kena buat.  Kadang-kadang tu ngan baju kerja saya, saya minta tolong diaorang untuk ironkan. Hehehe *malas betul I ni*

Untuk info lanjut dan urusan pembeliaan bolehlah saya yer : www.wasap.my/60197783169 .
Boleh sama-sama rasa nikmat anak-anak iron baju sendiri. Rilex la sikit, kerja rumah dah kurang.


Entri 32 : Tips Untuk En Suami Bantu Anda Gosok Baju

Teks : Pn Nurhuda Binti Aziziuddin


Pagi tadi En Husband kejut untuk sedaikan sahur pada jam 4:30 pagi. Masa bangun tu baru teringat..”Alamak baju sekolah budak-budak lum iron lagi” *cemas betul waktu tu*. Almaklum la nak masak sahur, pastu nak iron baju lagi dan dalam masa yang sama cemas sebab takut Kasih bangun. Kasih baru berusia 11 bulan bila bangun pepagi ni akan tidur semula bila ngempeng ngan ibu.

Melangkah turun kat tingkat bawah, tetiba dengar bunyi iron. Awat? Anda cam pelik ke sebab saya tulis iron boleh bunyik?? Iron Amway adalah iron steam dia ada bunyi berdesir. Tak kuat, tapi masih boleh didengari. Hehehe. Suspens jugak..sape yang iron ni? Menjenguk ke dalam laundary room nampak la kelibat En Husband sedang iron baju sekolah anak-anak. Perghhhhh..terharunya. Rasa nak keluar je air mata terharu..

Bayangkan 13 tahun kahwin, pertama kali tengok en husband iron baju. Mana tak rasa cam nak pengsan. Sebelum ada Iron Amway ni, pernah jer terpaksa tinggalkan sekejap kerja-kerja menggosok sebab Kasih nak menyusu. Masa tu En Husband takde hati pun nak membantu. Baju terbiar begitu dan bila Kasih dah tido sambung semula iron.

Tetapi sejak ada iron Amway ni. Rajin pulak dia bantu. Itu yang rasa terharu tu. Yang lagi best tu dia bantu tanpa kita minta tolong. Dia bantu secara sukarela. Semuanya ini mungkin atas faktor Iron Amway ni sangat mudah digunakan. Kita cam rasa satisfied sebab dengan sedikit effort baju jadi licin.

Berbanding iron kami yang sebelum ni, memang meraung nak gosok baju. Mana taknya sampai basah ketiak demi nak licinkan baju. Masa iron tu kita kena tekan kuat-kuat la, kena gosok berulang-ulang kali barulah dia licin. Tu yang lepas iron baju, gantung tetiba baju tu terjatuh rasa luruh jantung menengoknya. Sebab lum kering lagi ketiak dah kena ulang semula untuk iron. Hehehe

Suami Orang Lain yg Juga Suka Iron Baju Guna Iron Amway

So mmg berbaloi beli iron amway ni. Memang memudahkan kerja-kerja menggosok baju. Kalau rasa nak En Husbnad bantu kita gosok baju apa lagi cecepat la wasap saya yer : www.wasap.my/60197783169 .







Tuesday, 13 June 2017

Entri 31 : Tips Komunikasi Dengan Rakan Sekerja

Teks : Pn Nurhuda Binti Aziziuddin

Selama 15 tahun bekerja sebagai jurutera elektrik ini adalah syarikat perunding skala besar yang pertama saya sertai. Untuk department Mechanical & Electrical (M&E) sahaja kami mempunyai lebih daripada 40 orang kakitangan. 3 syarikat terdahulu yang saya sertai bilangan keseluruhan staff tidak melebihi daripada 20 orang.  Selain daripada bilangan staff yang jauh lebih ramai, di sini juga buat pertama kalinya saya bekerja dengan pelbagai kaum.

Walaubagaimanapun ianya bukan lah satu kejutan budaya kerana nature kerja secara amnya lebih kurang sama antara satu sama lain. Entri kali ini saya berminat untuk berkongsi bagaimana cara komunikasi dengan mereka yang jawatannya di bawah kita tetapi lebih berusia daripada kita. Alhamdulillah, setakat hari ni boleh dikatakan kami dapat bergaul dengan baik dan setiap tugasan yang diberikan kepada mereka dapat disempurnakan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Untuk syarikat jurutera perunding, JURUTERA dan PELUKIS PELAN adalah bagaikan aur dan tebing. Kami sebenarnya saling memerlukan dan dalam masa yang sama antara kami juga biasa berlakunya communication breakdown. Ramai jurutera muda sukar berkomunikasi dengan pelukis pelan yang lebih berusia dan sukalah saya untuk berkongsi tips apa yang saya lakukan seperti berikut:

Ketepikan Ego dan hirarki.
1st of all jangan sekali-kali kita merasakan jawatan aku lagi besar daripada dia. Dia mesti dengar arahan aku. Sebaliknya kita kena treat mereka sebagai orang yang lebih senior. Sebagai jurutera muda mungkin banyak lagi yang kita perlu pelajari dan mungkin juga apa yang kita tak tahu tu mereka lebih mengetahuinya.

Oleh yang demikian yang pertama kita kena tanam dalam minda adalah HORMAT. Hormati mereka. Letakkan hirarki jawatan di tepi. Beri arahan dengan nada yang sopan. Jelas dengan apa yang kita mahukan dan dalam masa yang sama tak salah pun kalau kita tanya pendapat mereka.

Kalaupun kena bash “Haik, takkan engineer pun tak tahu”, “baik tak yah jadi engineer kalau camni”..dah memang kita tak tahu so sengih je la. Sambil tu berseloroh la sikit..”U lebih pengalaman daripada saya, sebab itu saya nak belajar”. Jangan mudah terasa hati. Mereka lebih senior dari kita, mungkin kata-kata mereka sedikit pedas tapi hadapkan je. Hehehehe. Lagipun kita nak tuntut ilmu kan..so haruslah kental.

Terima kasih.
Please..please..saya perasan ramai yang tidak megucapkan terima kasih kepada orang bawahan kita. Ni memang kata-kata keramat. Selepas mereka menyiapakan kerja kita dengan sempurna ucapkan kata-kata ini. Beri sedikit pujian atas uasaha yang mereka telah lakukan. InsyaAllah memang laju je lepas-lepas ni mereka nak siapkan kerja kita.

 Hadiah
Ya saya memang amalkan untuk beri hadiah kepada pelukis-pelukis pelan saya. Lelebih lagi bila saya dapat bonus atau increment. Kita bagi la coklat 1 bar. Tak habis pun RM10. Belanja kuih ke atau apabila hari raya kita hulurkanlah angpow untuk anak-anak mereka. Ramai orang yang happy bila dapat hadiah. Begitu juga mereka.

Kerja lewat masa
Biasanya bila mereka kena buat kerja lebih masa untuk menyiapkan kerja-kerja saya, saya kaan tunggu sama. Saya tidak lah tunggu sehingga mereka habis tapi saya tunggu sehingga mereka tahu apa yang mereka buat serta mereka tahu apa yang saya mahu. Pastu bolehlah belanja mereka makan. Hehehehe.


Pada saya tempat kerja haruslah harmoni. Tak guna kita nak gaduh sesame kita. So baik kita amik pendekatan untuk berbuat baik dengan semua orang. Alhamdulillah saya memamg buat apa yang saya tulis kat atas tu. InsyaAllah bila mereka happy, mereka jugak akan menyiapkan kerja kita dengan lebih cepat.




Entri 30 : Hari Pertama Kembar Keluar Hospital

Teks : Pn Nurhuda Binti Aziziuddin


Alhamdulillah hari ni 18 Ramadhan. 8 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2009, sekiranya mengikut tahun masihi hari ini adalah hari pertama kami membawa kembar pulang. Sepertimana yang diceritakan terdahulu sewaktu melahirkan kembar tak seiras saya ini, saya berkampung selama 6 hari di hospital kerana darah tinggi.

Setiap hari saya mohon kepada doctor untuk dibenarkan pulang ke rumah dan akhirnya selepas bacaan darah saya sedikit rendah saya dibenarkan untuk pulang ke rumah tetapi perlu memastikan  yang saya akan terus makan ubat darah tinggi dan jururawat akan datang ke rumah saya setiap hari untuk mengambil bacaan darah. Saya juga perlu menghadiri check-up susulan pada masa yang ditetapkan.

Doktor memberi kebenaran untuk saya keluar wad pada jam 3 lebih. Dengan tak sabarnya saya suruh En Azmy cepat-cepat settelkan bil dan saya mahu pulang SEKARANG. Urusan bil dan laporan keluar hospital siap dalam jam 5 lebih. En Azmy beritahu yang dia nak balik rumah untuk ambil mak mentua saya terlebih dahulu. Dia kata sekaranag waktu orang balik kerja dan jalan jammed. Kalau kemabr nangis nanti macammana? Masa tu saya rasa walau seminit pun saya tak mahu tunggu. Saya nak keluar SEKARANG. Saya memang dah tak sanggup duduk dalam hospital. Malas nak bertelagah, En Azmy layankan je kehendak saya tu.

Kami bergerak dari HUKM pada jam 6 dan seperti yang dijangka jalan JAMMED. Huhuhu..Padan la muka saya dan yang paling best..kembar nangis nak susu. Mula sorang je yang nangis so saya angkat dia dan mula bagi susu. Pastu boleh pulak yang lagi sorang nangis. Perghhh..mula la saya gabra. Tak tahu camna nak handle. Letak-angkat-letak je mereka berdua. Dalam masa yang sama saya pun terasa nak nangis..hehehe.. Mujur En Azmy bawak kereta, kalau tak pasti dia akan pandang saya kecik besar kecik besar jer sebab tadi bila dia nak balik dulu amik mak mentua saya dan datang semula ke HUKM lepas berbuka puasa saya tak bagi. Dushhh..*padan muker*

Dalam keadaan haru biru tersebut, boleh pulak lagu raya dikeudarakan di radio. Saya tak ingat apa tajuknya. Ianya lagu raya pertama yang saya dengar pada tahun tersebut kerana saya masuk hospital pada 12 Ramadhan dan sepertimana kita sedia maklum radio2 hanya dibenarkan pasang lagu raya selepas 15 Ramadhan. Rasanya itu lagu raya yang happy. Tetapi dengan keadaan yang haru biru di atas, rasa terharu pulak dengar lagu tersebut. Sayu jer di lubuk hatiku ini. Hehehe..

Oleh sebab itu, setiap tahun lagu raya pertama yang saya dengar akan mengingatkan saya kepada moment ini. Tapi bukan dalam keadaan terharu, ianya dalam keadaan speechless. Tak tahu nak gambar perasaan apa lebih-lebih lagi bila melihat kembar saya membesar dengan sihat dan ceria. Alhamdulillah.


Wednesday, 7 June 2017

Entri 29 : The Best Korean Drama Ever

Teks : Pn Nurhuda Binti Aziziuddin

Okieh, entri ni agak mengarut jugak. Hehehe.

Di waktu senggang saya suka tengok cerita korea. Tak pasti sejak bila, tapi memang suka tengok. Antara sebab saya suka tengok cerita korea sebab jalan cerita korea menggunakan pelbagai cabang kerjaya. Ada doctor, arkitek yang boleh buat sendiri pemasangan dan kadang-kadang rasa cam engineer pun ada, chef, producer, trader dan pelbagai lagi la.

Antara drama korea yang saya layan dan saya suka adalah seperti berikut;

  1. I hear your voices
  2. Queen Inhyun’s Man
  3. Full house
  4. Secret Garden
  5. Jewel in the palace
  6. Two weeks
  7. A Genteleman’s Dignity
  8. The moon that embraces the sun
  9. GU Family Book
  10. Rooftop Prince
  11. Iljimae
  12. Innocent man – Ni saya tgk lebih dari 3x
  13. Coffe Prince
  14. Sungkyunwan Scandal
  15. The Gentlemen of Wolgyesu Tailorshop
  16. Voices
  17. Golden Pouch – Ni 122 episod..huhuhu
  18. Suspicious partner
  19. Tunnel
  20. You are too much
  21. Marriage Not Dating
  22. Marriage Contract
  23. Something about 1%
  24. Shopping King Louie
  25. Oh My Geum Bi
  26. Weighlifting Fairy Kim Bok Joo
  27. Moon Lovers-Scarlet Heart : Ryeo – Tak suker ending cerita ni..geram..benci..hahhaha..emosi betul
  28. Let’s Fight Ghost
  29. Mirror of the Witch
  30. Jackpot
  31. Monster

Banyak jugak sebenarnya kalau nak disenaraikan semuanya. Mak aiii..Ni memang takde kerja ker Pn Huda oii dok layan Korea jer ni. Sila jangan follow perangai buruk ini yer. HUHUHU..Nanti kalau rajin nak buat list ikut genre cerita.

So u all pun bolehlah meletakkan cerita-cerita korea pilihan korang kat ruangan komen yer.