Borang Tempahan

Monday, 16 May 2016

Entri 23 : Apa itu Dropship?

Teks : Pn Nurhuda Aziziuddin
Gambar : Imej Google

Sepertimana yang saya nyatakan di entri 22, disebabkan kekangan waktu dan hilang FOKUS sekaranga ini saya bercadang untuk memulakan semula perniagaan secara online dengan modal yang minima. Hasil daripada pencarian saya mendapati 'dropship' adalah antara kaedah yang terbaik. Sekarang ini banyak pemilik-pemilik produk yang menawarkan kaedah dropship dengan syarat-syarat yang minima. 

Secara amnya dropship ini sesuai untuk mereka-mereka yang mahu berniaga tetapi terdapat kekangan berikut;
1. Kekurangan modal
2. Masa yang terhad untuk pengeposan
3. Tak perlu pegang stok yang banyak.
4. Baru nak belajar berniaga.

Dan ramai juga pemilik-pemilik produk yang sekarang gah dipasaran Malaysia ini bermula berniaga online dengan menggunakan kaedah dropship.Antaranya ialah  Pn Felinna Nadea dengan produk nya "Mama nak Caliph".

Okieh, untuk yang baru seperti saya ini..gambaran apa itu sistem dopship adalah seperti gambar rajah berikut;





1. SYARAT KELAYAKKAN DOPSHIP

Untuk layak menjadi dropshipper, kebiasaannya pemilik produk akan mengenakan sedikit  bayaran. Kebanyakkan mereka meminta bakal dropshipper membeli produk mereka dengan harga pasaran buat pertama kalinya. Sepertimana produk minyak wangi De'xandra terdapat 2 pilihan sebelum kita layak jadi dropship mereka. Iaitu samaada kita beli tester kit atau 2 botol perfume. Masa saya jadi dropship untuk Dexandra saya beli kedua-duanya sekali.. Sebab saya memang minat dengan perfume De'Xandra dan merasakan ianya urusniaga yang menguntngkan..Hehehe..Kiranya sambil guna sambil kita jual.

2. LEPAS DAH LEPAS SYARAT 1?

Kita boleh la mempromosikan produk yang kita jual tersebut. Contohnya De'Xandra (mentang-mentang saya droship De'Xandra kita guna contoh ini ya, heheheh). Untuk De'Xandra bahan promosi seperti gambar, testimoni dan pelbagai lagi akan disediakan oleh pihak syarikat. Oleh itu gunakan sebaik mungkin dan promosikan lah mengikut kreativiti kita.

3. JIKA ADA ORANG YANG BERMINAT?

Alhamdulillah, hasil daripada promosi kita itu ada yang berminat nak beli. Pembeli akan masukkan duit dalam akaun dropshipper, dan dropshipper pula akan bayar kepada  pemborong.

Contohnya Amir beli Perfume De'Xandra dari saya. Amir perlu membayar kepada saya sebanyak RM 65 sebotol + RM 7 = RM72. 
Daripada jumlah ini saya perlu bayar kepada pemborong saya dengan potongan harga keuntungan yang telah kami persetujui. Katakanlah kadar keuntungan yang dipersetujui adalah RM20 untuk setiap urusniaga, dan saya hanya perlu membayar kepada pemborong RM52 sahaja. Daripada urusniaga ini saya akan dapat keuntungan RM20.

Perfume De'Xandra yang dibeli Amir akan diposkan oleh pihak pemborong. 

Mudahkan?
Oleh itu sistem dropship ini sesuai untuk mereka-mereka yang saya nyatakan di atas, kerana ada beberapa perkara yang akan dilakukan oleh pihak lain dan dalam conth di atas ianya dilakukan oleh pihak pemborong.



********
Ehem..tumpang iklan sikit ya..
Saya juga adalah dropship untuk produk De'Xandra.
Berminat dengan De'Xandra?
Boleh SMS/Whatssapp : 019-778 3169
********

Terima kasih
Pn Nurhuda Aziziuddin

No comments:

Post a Comment