Borang Tempahan

Tuesday, 9 May 2017

Entri 24 : Pencariaan Part Time Yang Paling Best

Teks : Pn Nurhuda Binti Aziziuddin
Gambar : Tiada

Memang hangat-hangat taik ayam betul Pn Huda ni. Last posting kata nak aktifkan semula blog pastu senyap..lepas posting 2 post pada Mei 2016 terus senyap. Nampak cam blog ni di update setahun sekali jer..hahaha. Ini pun tak tahu lah berapa lama boleh bertahan. HUHUHU..

Tetapi sekarang ini saya ada BIG WHY kenapa saya perlu aktifkan blog ini. Saya nak share pengalaman saya semoga ada yang mendapat manfaat daripadanya. Tetiba rasa cam poyo la pulak bila kata nak share pengalaman..cam hebat2 je pengalaman tu..tapi..hahahaha..bagi can je la Pn Huda nak bercerita. Sekiranya ada yang mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Alhamdulillah..

Dok pikir macam mana nak structure ayat dan jalan penceritaan. Banyak yang nak dikongsikan tetapi tak pasti camne nak susun. So korang hadap je la..Untuk posting kali ni nak ceritakan serba sedikit pengalaman Pn Huda dalam mencari part time apa yang paling best? Ya, saya memang suka mencari dan mencuba perkara-perkara baru untuk dilakukan sebagai part time. Kenapa sibuk2 nak cari part time?

Sebab kekadang dalam bekerja ni ada waktu yg stress yang rasa nak berenti kerja time tu jugak. Hahaha..Tapi tak berani nak berenti bila memikirkan komitmen2 kewangan yang sediaada. Gullpp. Kita cuba2 part time manalah tahu esok2 boleh tukar jadi full time ker?

Pencarian part time dimulakan dengan membuat survey kat member2 yang kenapa diaorg pilih kerja tersebut sebagai part time. Rata-rata jawapan mereka adalah sebab mereka MINAT. Contohnya ada kawan yang bekerja sebagai cikgu dan dalam masa yang sama buat kek. Kek dia pulak punyalah cantik dan kuantiti order pun banyak. Cam dia ada belaan je, sebab boleh siapkan tempahan kek dan dalam masa yang sama bekerja, jaga anak2 yang kecik tanpa pembantu dan macam-macam lagi tugasan beliau. Semua perkara ini boleh dilakukan atas faktor beliau memang minat buat kek. So secara ringkasnya MINAT adalah antara faktor yang penting untuk terus bertahan sekiranya ada apa sahaja rintangan.

Perghhh ni masalah besar jugak untuk Pn Huda ni sebab dia sendiri tak tahu apa yang dia MINAT. Umur bukan muda dah lebih 30 tahun pada masa mula mencari part time ni. Pada usia ini masih belum tahu juga apa yang dia minat. Haru betuk. Yang pasti minat yang ada pada masa itu adalah tidur dan tonton korea...Perfffttt memang minat yang tidak membangun langsung.

So korang yang sama macam Pn Huda yang sibuk nak cari part time apa yang sesuai..sila la pecahkan kepala sekarang mencari APA perkara yang korang MINAT. Yang boleh dilakukan walaupun korang sedang penat, stress, tak cukup masa atau apa2 je la...

Cepat fikir yer..
Kita sambung kat posting lain tau. 


No comments:

Post a Comment