Borang Tempahan

Monday, 19 June 2017

Entri 35 : Lagu Hari Raya Kegemaran Saya

Teks : Pn Nurhuda Binti Aziziuddin


Lagu raya mula berkumandang di corong-corong radio. Sedikit sebanyak tahun ni rasa excited hendak raikan Aidilfitri. Almaklum la pada tahun lepas tidak dapat menyambut hari raya kerana Kasih, anak ke-6 kami lahir pada hari raya pertama. Nanti saya ceritakan pengalamn melahirkan anak pada hari raya pertama yer. Syahdu tu..hehehe

Banyak lagu raya yang saya suka. Tetapi yang paling syahdu adalah lagu daripada kumpulan Exist iaitu Kupohon Restu Ayah IbU. Starting dia “Duhai Bonda..Duhai Ayahanda”..dengar je starting ni terus rasa nak balik ke kampong waktu itu juga. Selalu dengar lagu ni masa zaman sekolah asrama. Memang sayu jer rasa hati. Rasa cam duduk di perantauan sungguh. Padahal bukannya jauh sangat sekolah dan rumah, tetapi masa itu feeling rasa cam duduk kat oversea la jauhnya. Hahaha.

Saya duduk di asrama bermula dari 13 tahun hingga tahun akhir univerisiti iaitu pada usia 22 tahun. Selam 9 tahun tersebut, setiap kali raya memang menunggu untuk lagu ini di keudarakan dia radio dan apabila ianya berkumandang rasa sayu jer rasa hati ini.  Bukan saya seorang je yang rasa penagalaman ini, kawan-kawan sekolah pun turut sama merasainya. Dan kami pun mula la buat jokes nakal ngan cikgu-cikgu yang kononnya kami sudah hilang focus. Dah tak boleh nak masuk dah apa yg cikgu ajar, sebab kami masing-masing dah mula nampak rel keretapi, stesen bas dan tidak kurang juga yang terus dah nampak bumbung rumah. Lucu pulak rasanya bila dikenang-kenang kembali. Cam biasa cikgu-cikgu memang kental. Terus juga mengajar kami sehingga la cuti sekolah bermula. Cikgu bo layan kan je perasaan ngada-ngada kami tu.hehehe

Zaman sekolah memang antara moment yang best untuk diingati. Dan menyambut raya time belajar pun lain excitednya  berbanding bila sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri. Walaubagaimanapun dimana anda berada diucapkan Selamat Hari Raya. Semoga anda juga gembira dan bahagia.


*********************
Berminat membeli Iron Amway?
Hubungi saya di 019-778 3169 atau direct wasap saya : www.wasap.my/60197783169 .

*********************






No comments:

Post a Comment